This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, 28 November 2011

9 Perintah Untuk Diamalkan




Rasulullah s.a.w. bersabda,"Allah telah memerintahkan SEMBILAN (9) perkara:

    TAKUT pada Allah zahir dan batin.

    BERLAKU adil pada keadaan gembira atau pada keadaan marah. (Manusia apabila suka pada seseorang, maka dia akan lupa pada kesalahannya dan melihat kebaikannya saja dan semasa marah, dia tidak melihat kebaikannya lagi malah akan mencari pula segala keburukan orang itu. Tetapi saya diperintahkan untuk berlaku insaf dan adil pada kedua-dua keadaan itu.)

    BERKELAKUAN sederhana semasa dalam keadaan miskin dan juga bila berharta (supaya saya tidak bakhil pada ketika kesempitan dan tidak juga membazir pada ketika berharta. Ataupun tidak teramat merendah diri ketika menghadapi kemiskinan dan tidak bangga diri ketika kaya).

    MESTI menjaga hubungan baik dengan sesiapa saja yang hendak memutuskan tali silaturrahim dengan saya.

    MESTI berkelakuan baik terhadap sesiapa yang melucutkan saya.

    MESTI memaafkan orang yang menzalimi saya (tidak boleh berfikir untuk membalas dendam).

    KESENYAPAN saya mestilah dipenuhi dengan fikir akhirat atau dengan tanda-tanda kebesaran Allah. Percakapan saya mestilah menjadi dzikirullah (samada untuk mendakwahkan kebesaran Allah atau bertasbih dan memuji Allah).

    PANDANGAN saya mestilah menjadi pandangan pengajaran (yakni apa saja yang saya lihat mesti menjadi pengajaran bagi diri saya).

    MESTI menyeru serta menganjur kepada perbuatan-perbuatan baik.

Ciri-ciri Pakaian Taqwa




    Hatinya bersih daripada sebarang kedengkian, berdendam dan iri hati terhadap kejayaan orang lain.

    Lidahnya berkata jujur, terpelihara daripada mencela, mengumpat dan seumpamanya.

    Matanya dijauhkan daripada memandang yang dilarang oleh syariat.

    Perutnya tidak diisi dengan makanan yang haram atau dari sumber yang haram.

    Tangannya terpelihara daripada menjamah yang bukan haknya.

    Kakinya tidak menginjak atau memijak tempat larangan.

    Amalnya jauh daripada ingin mencari sanjungan dan pujian masyarakat. Segala susuatu yang dilakukannya kerana patuh dan baktinya kepada Allah semata-mata.

Tanda-Tanda Diterima Taubat




    Hamba yang telah bertaubat itu melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa

    Ia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih

    Ia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi dari orang-orang yang jahat

    Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, tetapi ia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi ia tetap melihatnya masih sedikit

    Ia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah swt dan tidak sedikit pun dia sibuk menguruskan rezekinya yang telah di jamin oleh Allah swt.

    Ia sentiasa menjaga lidah, selalu tafakkur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.

Majlis Zikrullah



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para malaikat selalu mengelilingi bumi. Para malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikrullah, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.
Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka, dengan firmanNya: Dari mana kamu datang?
Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu.
Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? 
Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu. 
Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu? 
Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. 
Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu? 
Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan. 
Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa? 
Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan. 
Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? 
Para malaikat menjawab: Belum. 
Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu. 
Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu. 
Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. 
Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. 
Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.
[Bukhari&Muslim]       

12 Sifat Sahabat



01.     Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
02.     Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,
                   dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
03.     Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,
                           nescaya ia akan membantumu.
04.     Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,
                           nescaya ia akan menerima dengan baik.
05.     Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan)daripadamu,
                           nescaya ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
06.     Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,
                           nescaya ia akan menutupnya.
07.     Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,
                           nescaya ia akan mengusahakannya.
08.     Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
                           nescaya ia akan menanyakan kesusahanmu.
09.     Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,
                           nescaya ia akan meringankan kesusahanmu.
10.     Jika engkau berkata kepadanya,
                           nescaya ia akan membenarkanmu.
11.     Jika engkau merancangkan sesuatu,
                           nescaya ia akan membantumu.
12.     Jika kamu berdua berselisih faham,
                          nescaya ia akan mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Petikan Kitab 'Bimbingan Muslim' - Imam Al-Ghazali