Apabila roh keluar dari
jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya
kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan,
lalu roh berkata :
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula
bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh
sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan
diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat
lagi
sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah
lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka
janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku
telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka.
menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu
aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali
lagi diserunya kepada
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan
melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai
anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku
tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu
menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia,
Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka
juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi
Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.
Lalu mayat-mayat itu
keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu,
Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.
Lalu dia bertanya kepada
mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd
anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh
dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan
mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak
jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah
untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
0 komentar:
Post a Comment