Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama
seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa
pekan di negeri Basrah. Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang
duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan,
dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap
orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.
Hasan Basri mara ke depan tabib
itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci
dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".
Berkata Tabib itu: "Ya,
saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".
Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10
perkara iaitu: Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk dan
campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat. Lalu masukkan semua ke
dalam lesung redha, dan giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah. Kemudian
masukkan ke dalam periuk taqwa, dan tuangkan ke dalamnya air hayak (malu). Lalu
didihkan dengan api mahabbah (cinta). Selepas itu pindahkan dia ke dalam
mangkuk syukur dan kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan). Kemudian
minumlah dia dengan sudu pujian. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia
bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di
dunia dan di akhirat".
0 komentar:
Post a Comment